Terma Perkhidmatan

Terma penggunaan NiagaBuddy

Dikemas kini: 28 November 2026

1. Penerimaan terma

Dengan menggunakan NiagaBuddy (“app”) atau membeli lesen, anda bersetuju dengan terma ini. App ini dibangunkan dan disediakan oleh TSA Ventures (“kami”).

2. Tempoh percubaan

Pengguna baharu mendapat percubaan percuma selama 7 hari dengan semua fungsi dibuka. Selepas tempoh percubaan tamat, app bertukar ke mod baca sahaja: data anda kekal dan masih boleh dilihat, dicetak, dieksport dan di-backup, tetapi rekod baharu tidak boleh ditambah atau diubah sehingga lesen diaktifkan.

3. Lesen

  • Lesen ialah bayaran sekali untuk penggunaan app tanpa had masa.
  • Satu lesen boleh diaktifkan di sehingga 3 peranti. Hubungi kami untuk reset peranti jika perlu.
  • Lesen adalah untuk kegunaan pembeli dan perniagaannya. Lesen tidak boleh dijual semula, dikongsi secara awam atau diedarkan.
  • Kemas kini app disediakan secara percuma kepada pemegang lesen.
  • Kami berhak membatalkan lesen yang dikongsi, dijual semula atau diperoleh secara tidak sah.

4. Harga dan pembayaran

Harga semasa dipaparkan di niagabuddy.com dan dalam app. Harga promosi boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis. Harga yang anda bayar semasa pembelian adalah muktamad untuk lesen tersebut. Pembelian dan pembayaran diuruskan melalui WhatsApp, dan kunci lesen dihantar selepas pembayaran disahkan.

5. Tiada bayaran balik

Semua pembelian lesen adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan wang. Tempoh percubaan percuma 7 hari disediakan supaya anda boleh menilai app sepenuhnya sebelum membeli. Jika kunci lesen tidak berfungsi kerana kesilapan di pihak kami, kami akan membetulkannya atau menghantar kunci baharu.

6. Data dan backup

Rekod perniagaan disimpan dalam peranti anda. Anda bertanggungjawab membuat backup secara berkala. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan data akibat pemadaman data browser, kerosakan atau kehilangan peranti, atau tindakan pengguna. Lihat Dasar Privasi untuk butiran.

7. Penggunaan yang dibenarkan

Anda bersetuju untuk tidak menggunakan app bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, dan tidak cuba memintas sistem lesen, mengubah suai, menyalin atau mengedar semula kod app.

8. Had tanggungjawab

App disediakan “seadanya”. Pengiraan dalam app, termasuk untung rugi, kos dan cadangan harga, adalah alat bantu berdasarkan data yang anda masukkan dan bukan nasihat perakaunan, cukai atau kewangan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk lesen.

9. Perubahan terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini. Penggunaan app selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.

10. Undang-undang

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

11. Hubungi kami

TSA Ventures · WhatsApp +60 19-544 6919 · Sokongan pelanggan