Ringkasan
NiagaBuddy dibangunkan oleh TSA Ventures (“kami”). Rekod perniagaan anda, seperti order, pelanggan, belanja, produk dan resit, disimpan dalam peranti anda sendiri. Kami tidak menyimpan rekod perniagaan anda di server kami.
1. Data yang disimpan dalam peranti anda
Semua rekod yang anda masukkan ke dalam app disimpan dalam storan browser peranti anda (IndexedDB). Ini termasuk maklumat pelanggan anda seperti nama, nombor telefon dan alamat. Anda bertanggungjawab ke atas data pelanggan yang anda simpan, termasuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) jika berkaitan.
Imbasan resit (“Baca resit”) diproses dalam peranti anda. Gambar resit tidak dihantar kepada kami.
2. Data yang kami terima
Kami hanya menerima data berikut:
- Pengaktifan lesen: kunci lesen dan ID peranti rawak yang dijana oleh app. Kami simpan senarai ID peranti dan masa pengaktifan untuk had 3 peranti setiap lesen.
- Pembelian melalui WhatsApp: nombor telefon, nama dan maklumat pembayaran yang anda berikan semasa membeli lesen.
- Statistik laman web: kiraan lawatan dan klik butang di niagabuddy.com, tanpa cookie dan tanpa mengenal pasti anda secara peribadi.
3. Perkhidmatan pihak ketiga
- Cloudflare menghoskan laman web dan server lesen. Cloudflare memproses alamat IP dan log teknikal biasa untuk keselamatan dan prestasi.
- Google Sheets (pilihan): jika anda aktifkan sync, data dihantar terus dari peranti anda ke Google Sheet dan skrip milik anda sendiri. Kami tidak mempunyai akses kepadanya.
- WhatsApp: mesej dan fail yang anda kongsi melalui WhatsApp tertakluk kepada dasar privasi WhatsApp.
- Google Fonts dan jsDelivr: fon dan pustaka imbasan resit dimuat turun dari pelayan ini.
4. Backup dan kehilangan data
Oleh kerana data disimpan dalam peranti anda, data boleh hilang jika anda padam data browser, set semula telefon atau kehilangan peranti. Gunakan fungsi Backup atau sync Google Sheets secara berkala. Kami tidak dapat memulihkan data yang tidak pernah dihantar kepada kami.
5. Keselamatan
Anda boleh kunci app dengan PIN. Kunci lesen disahkan dengan tandatangan digital. Sambungan ke laman web dan server lesen menggunakan HTTPS.
6. Hak anda
Anda boleh melihat, mengubah, mengeksport dan memadam semua rekod dalam app pada bila-bila masa. Untuk memadam rekod pengaktifan lesen atau maklumat pembelian anda, hubungi kami melalui WhatsApp.
7. Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di atas.
8. Hubungi kami
TSA Ventures · WhatsApp +60 19-544 6919 · Sokongan pelanggan