Saya tak pandai IT. Susah ke nak guna?
Tidak. Semua dalam Bahasa Melayu dan susunannya macam app biasa di telefon. Anda juga boleh mulakan dengan data contoh untuk tengok cara ia berfungsi, kemudian buang bila dah sedia.
Perlu install dari Play Store atau App Store?
Tidak perlu. Buka melalui browser, kemudian tambah ke skrin utama. Ia akan terbuka macam app biasa, di Android dan iPhone.
Data saya selamat ke?
Data disimpan dalam peranti anda sendiri, bukan di server kami. Anda boleh kunci app dengan PIN dan buat backup ke Google Drive, WhatsApp atau Google Sheets.
Kalau tukar telefon, data hilang ke?
Buat backup di telefon lama, kemudian buka fail itu di telefon baru. Anda boleh pilih untuk gabung atau ganti data.
Boleh cuba dulu sebelum beli?
Boleh. Semua ciri dibuka percuma selama 7 hari. Selepas itu, data anda kekal selamat dan masih boleh dilihat, dicetak dan di-backup. Untuk terus tambah rekod, aktifkan lesen.
Kenapa RM59? Ada yang kata RM79.
RM59 ialah harga promosi. Harga biasa RM79 dan akan dinaikkan bila-bila masa. Lesen yang dibeli pada harga RM59 tidak perlu dibayar lagi.
Ada bayaran bulanan?
Tiada. RM59 sekali bayar untuk lesen penuh, dengan kemas kini percuma dan boleh guna sehingga 3 peranti.
Macam mana nak beli?
Tekan butang Beli dan WhatsApp akan terbuka dengan mesej siap ditulis. Selepas bayaran, anda akan terima kod lesen untuk diaktifkan dalam app.
Bisnes saya kecil sangat. Perlu ke?
Bisnes kecil paling tak mampu rugi tanpa sedar. Lagi awal anda ada rekod, lagi cepat anda tahu produk mana yang betul-betul untung.